Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Pn Asmawati yang berpindah ke SK Balok, Kuantan, Pahang kerana mengikut suami yang bertugas di Kuantan, Pahang. SK Tun Syed Ahmad Shahabudin pasti akan merasai kehilangan beliau. Sehubungan itu, KGS SK Tun Syed Ahmad Shahabudin telah merancang satu majlis perpisahan yang ringkas namun bermakna bagi meraikan perpindahan Pn. Asmawati yang telah berkhidmat selama hampir enam tahun. Jasa dan pengorbanan beliau sejak awal pembukaan sekolah ini pasti tidak akan dilupakan. Kami di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin mendoakan agar Pn Asmawati terus sukses dan cemerlang di sekolah baharu kelak,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
In Sha Allah, pasti kita berjumpa lagi.
Ucapan Perpisahan - Pn Asmawati |
Penyampaian cenderahati sekolah daripada Tn Hj Adam |
Penyampaian cenderahati Panitia Agama Islam & Bhs Arab |
Penyampaian cenderahati daripada Pengerusi Kelab Guru & Staff |
No comments:
Post a Comment